Friday, May 20, 2011

Luahan Hati..... entah apa-apa lagi..... tension tak dapat kayuh....

CUTI MTB/BABY GIRL
     Sudah lebih 5 bulan aku tidak berkayuh. Ada jugak try trainer Beto dipinjam daripada BC Kelolo tetapi ketukan bertalu-talu dari rumah jiran ku di tingkat bawah telah memaksa aku untuk melupakan hasrat untuk meneruskan kayuhan. Nasib baik baru pinjam, kalau dah beli mesti menyesal punya.
     Sebelum kelahiran puteri sulongku; Zoolfa Nureen Khadeeja, aku telah bercuti sementara daripada sebarang kayuhan off-road mahupun on-road. Kayuhan terakhir adalah kayuhan Hash Semenyih Fish-Valley pada 19 Dec 2010 bersama abangku Muzack. Setelah sekian lama bercuti, terasa macam nak berhenti terus pulak. Rasanya macam nak 'let go' Proton T-Bolt SixSixOne aku yg sudah 5 bulan berjemur di balkoni apartmen.

 WiSE EKSIDEN
     Dalam masa 5 bulan ini juga, aku eksiden di depan Ampang point. Kemek bonet depan Proton WiSE (Wira Special Edition). Aku terpaksa bayar RM300.00 gantirugi kepada awek Korea yg MyVinya telah diliwati WiSE aku. Nak repair WiSE pula kena RM400.00. Aaaaaaarrrrgghhhhhh! Duit-duit dimana kau duit?????
Walaupun kerugian dari segi kewangan, Alhamdulillah anak-anak tak alami sebarang kecederaan.
- PROMO: pemilik-pemilik WiSE dialu-alukan untuk memasuki group ini di WiSE Community

FOREX
     Coretan seterusnya ialah mengenai forex pula. Ada seorang rakan yang telah ceburi bidang ini lebih 10 tahun. Beliau telah merasai pengalaman pahit manis berurusniaga di pasaran forex. Hasilnya, telah berjaya mengumpul modal USD10,000 untuk membuka akaun broker. Aku teringin sangat nak mengikuti program forex beliau. Menurut rakan-rakan yang telah mengikutinya, keuntungan secara purata adalah RM50.00 sehari hari perdagangan forex. (Seminggu 5 hari sahaja) Bila aku tanya modal diperlukan, depa jawab USD1,000! Aduh! Belum cukup kukuh lagi kewangan aku untuk 'set aside' duit sebanyak tu. Tetapi bila aku fikir balik..... Modal RM3500 - RM3800 (ikut rate semasa)..... seminggu 5 hari, sebulan = 4 minggu, purata untung RM50 (kadang RM100++) .... hhhhmmmmmmm...... 5x4xRM50 = RM1000 keuntungan sebulan..... kurang lebih 4 bulan dah pulang modal.
Pening kepala aku memikirkannya.... kawan-kawan semua tolong berikan pendapat anda. Mudahan-mudahan dapat membantu aku membuat keputusan.

D-LINK/TP-LINK
     Aku juga terfikir untuk berniaga accessories komputer daripada brand D-Link dan TP-Link. Jika dibandingkan dari segi harga dan kualiti, D-Link lebih mahal dan lebih berkualiti daripada TP-Link. Tapi untuk end user yg bajet macam aku nie.... TP-Link dah kira ok la. Setelah aku membantu dua orang rider memiliki D-Link DSL-2640B Wireless ADSL2+ router (jual harga kos), terlintas untuk aku cuba berniaga produk-produk ini. Kalau ada nak beli selepas ini, aku ambil keuntungan sikit ok.... tapi masih pada harga yang masih murah daripada harga pasaran semasa. Harga produk-produk komputer pun macam pasaran forex ada naik turun.
P/S: Along, (Muzack BMC) sorry ye BC Kelolo lebih bernasib baik. Time dia pesan modem tu harga dah jatuh.

No comments:

Post a Comment