Sunday, June 19, 2011

Mini DV camcorder

Sabtu 18/06/2011@3:00pm........
Mini DV camcorder yang aku beli online telah selamat sampai. Cuma tinggal nak beli kad Micro SD. Petang nanti pergi Low Yatt Plaza ok jugak. Tangkap kad 8GB satu! Tak sabar pulak rasanya nak mula rakam video kayuhan di PCP Ahad depan.

Camcorder ini bukan original tetapi ciplak punya. Aku tengok harganya USD12.00 + penghantaran FOC.... terus aku buat pesanan. Lepas tu baru la terfikir nak cari maklumat. Patutla murah..... Mini DV original RM100-RM200, brand AEE. Harap-harap video yang bakal diambil di PCP nanti memuaskan. 'Seller' kat Malaysia semuanya jual RM45-RM70..... rasanya depa jual pun ciplak punya la kot? Tak kisah la, janji aku dapat beli satu dengan harga jauh lebih murah.

----------------------------------------------------------------------

Ahad 26/06/2011@7:30AM.......
Aku dikejutkan oleh deringan Samsung Apollo ku. Muzack rupanya. Inginkan kepastian sama ada aku mahu mengikutinya ke PCP pada pagi itu. Terasa malas nak kayuh pulak pagi ini. Best la aku mimpi tadi.... terasa macam nak sambung tidur pulak.... heh heh heh

Janji nak jumpa kat PCP 8:30........ aku terus mandi dan bersiap. Kena pergi beli nasi kerabu untuk isteri tercinta pulak. Di dalam perjalanan ke sana, Azry telefon untuk memaklumkan yang dia dalam perjalanan. Tak sampai 5 minit kemudian, aku memotong kereta dia pada kelajuan 140kmj. Inilah kelebihan bawa beskal dalam kereta... boleh pecut sesedap rasa.

Aku, Azry dan 'big brother - Muzack' masuk trail sebelum jam 9 pagi. Shafiq belum kelihatan dan menyuruh kami bermula dahulu. Dari permulaan trail 1 aku terus layan tanpa henti sehingga ke trail 2. Kebiasaannya aku akan rehat dulu sebelum masuk trail 2 tapi rasa macam boleh teruskan. Kayuhan kurang lancar disebabkan beberapa rider tolak beskal turun switchback downhill (RED) dekat trail 2. Kat sini la ramai jugak rider jatuh. Semasa kayuhan pendakian, aku dah tak boleh teruskan. Alamat tolak beskal sampai Gazebo 'Family Fun Downhill'.

Masa untuk cuba mini DV camcorder..... Aku guna kad 1GB dari Samsung Apollo jer dulu. Muzack turun FFDH dan aku pun ikut untuk rakam aksinya. Harap-harap rakaman menjadi la hendaknya. Bila balik rumah.... aku terus download video ke PC..... kuang, kuang, kuang .... fokus tak betul la pulak. Dapat gambar tayar beskal dan tanah jer. Aku ingat dapat la banyak video yang dirakam, rupanya kad 1GB micro SD boleh rakam 8 minit video sahaja. Kena beli kad 8GB la macam nie. Sandisk 8GB dijual pada harga 50-60 dipasaran. Nasib baik pembekal 'hardware' untuk office aku adalah pembekal sah barangan Sandisk... hihihihi..... boleh beli pada harga re-seller..... Alhamdulillah. Terima kasih M-Link System (M) Sdn Bhd



Kesimpulan untuk kayuhan hari ini, menarik, tertarik, kau memang da bomb PCP. Cuma slack pasal tak dapat video aku layan 4X + Pump Trail.

-----------------------------------------------------------------------

Ahad 10/07/2011@7:30am........
Pagi ini aku bersiap lebih awal daripada biasa. Muzack senyap jer? Jadi ke nak layan PCP's Pump Trail hari ni? Aku telefon dia tak jawab. Mesti dia tidur lewat malam tadi.... layan movie. Sedang aku bersarapan dengan famili, Muzack telefon dengan nada keletihan. Tak jadi kayuh la tu. Aku kayuh solo jer la pagi nie. Aku keluar dari Kinrara Mas dan terus ke Shell Taman Kinrara. Tekanan tayar T-Bolt 661 aku sangat rendah. Setting untuk layan PCP. Sampai Shell terus masuk angin 200kpi depan dan belakang. Baru la sedap nak layan road. Dari Shell aku terus potong masuk KESAS (shortcut - masuk ikut pagar dihentian sebelah Kinrara KESAS). Selepas tol, U-turn balik dan terus ke 'exit' Kesas untuk kembali ke Kinrara Mas. Sepanjang kayuhan solo nie aku ingatkan dah dapat lah rakaman video dengan mini DV tapi....... dapat rakam sekejap jer sebab bateri habis pulak. Macam-macam halangan la pulak. Dah beli 8GB micro SD card, bateri pulak tak fully charge.

-----------------------------------------------------------------------

Ahad 24/07/2011 ..............
Rancangan untuk rakaman kayuhan di PCP terpaksa dibatalkan.... gara-gara aku pi tempah baju raya kat kedai mahal. Sang Murai dirumah terus membebel tanpa henti sepanjang minggu ini. Pembatalan kayuhan ini adalah cubaan aku untuk menghentikan bebelan beliau..... harap-harap berkesan la.

Walaubagaimanapun sessi kayuhan seterusnya dirancang pada 31 Julai dan sempena awal Ramadhan keesokkan harinya..... macam kebiasaan seperti tahun-tahun lalu; aku akan cuti sepanjang Ramadhan dan Shawal nanti.

-----------------------------------------------------------------------

Changed of plan.... next ride after raya puasa. Ahad ni nak bawa anak-anak pergi taman tema. See you guys after raya.

SELAMAT BERPUASA kepada rakan-rakan Muslim semua