Setelah sekian lamanya tidak berkayuh, aku akan turun PCP dengan bekas rakan serumah di Pantai Hillpark dulu pada Hari Malaysia yang bakal menjelang nanti. Tak sabar aku nak tengok basikal yang baru Saleh beli. Rancangan aku pada hari tersebut nanti adalah untuk hanya melalui trail Biru/Hijau sahaja. Aku pun sudah lebih dua bulan tidak berkayuh.
tbc on 16 Sep 2011 ....... (Selamat Hari Malaysia!) ..........
Kayuhan bermula lebih kurang sembilan pagi. Lebih kurang 10 tahun aku tidak berjumpa dengan Saleh. Ternyata semakin sihat! Aku diperkenalkan kepada Wak TUDM rakan Saleh. Mereka ini baru mula berjinak-jinak dengan dunia MTB ini. Wak pula kena jaga BMI dia. Sudah lima bulan main MTB dan ternyata dengan MTB dia berjaya maintain BMI dia bawah 27.
Kayuhan kali hanyalah melalui trail 'easy'. Biar Saleh dan Wak dapat 'feel' PCP dulu. Kami hanya mengharungi sebahagian daripada keseluruhan trail PCP. Lebih kurang 4.2 - 4.4 km berjaya kami tempuhi. Lain kali kita layan full-loop.
Mini DV camcorder yang aku beli online telah selamat sampai. Cuma tinggal nak beli kad Micro SD. Petang nanti pergi Low Yatt Plaza ok jugak. Tangkap kad 8GB satu! Tak sabar pulak rasanya nak mula rakam video kayuhan di PCP Ahad depan.
Camcorder ini bukan original tetapi ciplak punya. Aku tengok harganya USD12.00 + penghantaran FOC.... terus aku buat pesanan. Lepas tu baru la terfikir nak cari maklumat. Patutla murah..... Mini DV original RM100-RM200, brand AEE. Harap-harap video yang bakal diambil di PCP nanti memuaskan. 'Seller' kat Malaysia semuanya jual RM45-RM70..... rasanya depa jual pun ciplak punya la kot? Tak kisah la, janji aku dapat beli satu dengan harga jauh lebih murah.
Ahad 26/06/2011@7:30AM.......
Aku dikejutkan oleh deringan Samsung Apollo ku. Muzack rupanya. Inginkan kepastian sama ada aku mahu mengikutinya ke PCP pada pagi itu. Terasa malas nak kayuh pulak pagi ini. Best la aku mimpi tadi.... terasa macam nak sambung tidur pulak.... heh heh heh
Janji nak jumpa kat PCP 8:30........ aku terus mandi dan bersiap. Kena pergi beli nasi kerabu untuk isteri tercinta pulak. Di dalam perjalanan ke sana, Azry telefon untuk memaklumkan yang dia dalam perjalanan. Tak sampai 5 minit kemudian, aku memotong kereta dia pada kelajuan 140kmj. Inilah kelebihan bawa beskal dalam kereta... boleh pecut sesedap rasa.
Aku, Azry dan 'big brother - Muzack' masuk trail sebelum jam 9 pagi. Shafiq belum kelihatan dan menyuruh kami bermula dahulu. Dari permulaan trail 1 aku terus layan tanpa henti sehingga ke trail 2. Kebiasaannya aku akan rehat dulu sebelum masuk trail 2 tapi rasa macam boleh teruskan. Kayuhan kurang lancar disebabkan beberapa rider tolak beskal turun switchback downhill (RED) dekat trail 2. Kat sini la ramai jugak rider jatuh. Semasa kayuhan pendakian, aku dah tak boleh teruskan. Alamat tolak beskal sampai Gazebo 'Family Fun Downhill'.
Masa untuk cuba mini DV camcorder..... Aku guna kad 1GB dari Samsung Apollo jer dulu. Muzack turun FFDH dan aku pun ikut untuk rakam aksinya. Harap-harap rakaman menjadi la hendaknya. Bila balik rumah.... aku terus download video ke PC..... kuang, kuang, kuang .... fokus tak betul la pulak. Dapat gambar tayar beskal dan tanah jer. Aku ingat dapat la banyak video yang dirakam, rupanya kad 1GB micro SD boleh rakam 8 minit video sahaja. Kena beli kad 8GB la macam nie. Sandisk 8GB dijual pada harga 50-60 dipasaran. Nasib baik pembekal 'hardware' untuk office aku adalah pembekal sah barangan Sandisk... hihihihi..... boleh beli pada harga re-seller..... Alhamdulillah. Terima kasih M-Link System (M) Sdn Bhd
Kesimpulan untuk kayuhan hari ini, menarik, tertarik, kau memang da bomb PCP. Cuma slack pasal tak dapat video aku layan 4X + Pump Trail.
Ahad 10/07/2011@7:30am........
Pagi ini aku bersiap lebih awal daripada biasa. Muzack senyap jer? Jadi ke nak layan PCP's Pump Trail hari ni? Aku telefon dia tak jawab. Mesti dia tidur lewat malam tadi.... layan movie. Sedang aku bersarapan dengan famili, Muzack telefon dengan nada keletihan. Tak jadi kayuh la tu. Aku kayuh solo jer la pagi nie. Aku keluar dari Kinrara Mas dan terus ke Shell Taman Kinrara. Tekanan tayar T-Bolt 661 aku sangat rendah. Setting untuk layan PCP. Sampai Shell terus masuk angin 200kpi depan dan belakang. Baru la sedap nak layan road. Dari Shell aku terus potong masuk KESAS (shortcut - masuk ikut pagar dihentian sebelah Kinrara KESAS). Selepas tol, U-turn balik dan terus ke 'exit' Kesas untuk kembali ke Kinrara Mas. Sepanjang kayuhan solo nie aku ingatkan dah dapat lah rakaman video dengan mini DV tapi....... dapat rakam sekejap jer sebab bateri habis pulak. Macam-macam halangan la pulak. Dah beli 8GB micro SD card, bateri pulak tak fully charge.
Ahad 24/07/2011 ..............
Rancangan untuk rakaman kayuhan di PCP terpaksa dibatalkan.... gara-gara aku pi tempah baju raya kat kedai mahal. Sang Murai dirumah terus membebel tanpa henti sepanjang minggu ini. Pembatalan kayuhan ini adalah cubaan aku untuk menghentikan bebelan beliau..... harap-harap berkesan la.
Walaubagaimanapun sessi kayuhan seterusnya dirancang pada 31 Julai dan sempena awal Ramadhan keesokkan harinya..... macam kebiasaan seperti tahun-tahun lalu; aku akan cuti sepanjang Ramadhan dan Shawal nanti.
Purchase price: RM189.00 (2009 or early 2010 - will check the receipt later)
Market Price: RM105-RM250 (NEW)
Asking Price: RM80.00
Term and Delivery: COD and Self-collect ( Bandar Puchong Jaya[Day] Bandar Kinrara [Night])
Reason for Selling: Changed from MAXIS to YES (not compatible)
Purchase price: RM110 - RM150 (Cannot remember)
Asking Price: Please offer
Term and Delivery: COD and Self-collect ( Bandar Puchong Jaya[Day] Bandar Kinrara [Night])
Reason for Selling: Not compatible with Wira SE (Kena tipu dengan workshop - Wira 1.5cm)
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini." "Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang." "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil." "Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina." "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh." "Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku." "Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku." "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Monday, 24th January 2011.........
My wife is now in the 36th weeks of the pregnancy. My baby girl is due one month from now. So, it's time for me to take a break from mountain biking again. This time I will take a longer break as of 2011, all government servants are entitled for 90 days maternity leaves. That means, I will be out for about 4 months. I hope PCP won't be doing any race in that time.
Tonite (07/02/2011), I'm taking my wife to Klinik Bersalin Pertiwi to see Dr. Yati (Wafi was delivered safely by Dr Yati back in 2008). Hopefully everything is on schedule.
Latest Update: What was supposed to be a normal appointment with Dr Yati (07/02/2011) had turned out to be suprised to us. Our baby girl was not going to wait for the due date which was going to be in 2 weeks time.
Yanti safely delivered baby Zoolfa Nureen Khadeeja the following morning at 7:45am (08/02/2011). Alhamdulillah, thank you Allah.
Zoolfa - having a small and finely chiselled nose, precious, first part of night, night Nureen - light, lovable, bright Khadeeja - Prophet Muhammad SAW first wife