Tuesday, August 10, 2010

Bersara dari MTB? Updated on 24/10/2010

Alhamdulillah ..... Wafi tidak mengalami masalah jantung berlubang. Menurut Dr Zainal bunyi dari jantung Wafi bukanlah disebabkan masalah jantung tetapi hanyalah kerana Wafi mungkin aktif sikit dan menyebabkan jantung dia berdegup dgn lebih laju drp biasa. Terima kasih kepada sahabat2 di fb kerana mendoakan kesihatan Wafi
                                                                                         updated by Zool Ihsan (24/10/10@10:23pm)

Sempena bulan Ramadhan yg bakal ditempuhi nanti, aku akan berehat dr sebarang aktiviti kayuhan. Azam bg tahun ini adalah utk tidak terlepas drp solat terawih........ Insya Allah

Malam ini aku bersyukur..... kandungan isteriku yg berumur hampir 12 minggu berada dalam keadaan yg baik. Alhamdulillah, Dr Anuar memaklumkan bahawa cukup sifatnya. Aku juga telah membawa anak kedua utk pemeriksaan dgn Dr Anuar. Minggu lepas Wafi tidak sihat dan muntah2 didalam kereta semasa menghantar ibunya ke sekolah. Waktu doktor memeriksa dadanya, terdapat bunyi dari dadanya. Dia menasihatkan aku bawa Wafi ke Hospital utk pemeriksaan lanjut. Pada waktu itu aku masih berfikiran positif kerana aku rasa mungkin sebab batuk & selsema yg dialami. Hari ini, Dr Anuar juga menasihatkan kami bawa Wafi utk pemeriksaan dgn pihak hospital. Dr Anuar berpendapat mungkin ada lubang kecil pada jantung Wafi.
Wafi tidak menunjukkan simptom penyakit yg dimaksudkan kerana dia aktif dan tidak menunjukkan tanda2 penat setelah bermain seharian. Walau apapun keputusan pemeriksaan dgn pihak hospital nanti..... aku hanya mampu memohon pada Nya agar keluarga kami semua sihat sejahtera.

Berbalik kepada tajuk blog ini.... mungkin telah tiba masanya utk aku bercuti sementara dari arena MTB buat masa ini. Saya berharap rakan2 yg membaca coretan ini dapat doakan Wafi sihat sentiasa.
Wafi @ Dataran Merdeka

Friday, August 6, 2010

PCP - don't remember when was the date

Found these photos while I was going through my wife's digital camera





12Megapixels

Wednesday, August 4, 2010