Tuesday, September 13, 2011

Kayuhan Hari Malaysia @ PCP

Setelah sekian lamanya tidak berkayuh, aku akan turun PCP dengan bekas rakan serumah di Pantai Hillpark dulu pada Hari Malaysia yang bakal menjelang nanti. Tak sabar aku nak tengok basikal yang baru Saleh beli. Rancangan aku pada hari tersebut nanti adalah untuk hanya melalui trail Biru/Hijau sahaja. Aku pun sudah lebih dua bulan tidak berkayuh.

tbc on 16 Sep 2011 ....... (Selamat Hari Malaysia!) ..........

Kayuhan bermula lebih kurang sembilan pagi. Lebih kurang 10 tahun aku tidak berjumpa dengan Saleh. Ternyata semakin sihat! Aku diperkenalkan kepada Wak  TUDM rakan Saleh. Mereka ini baru mula berjinak-jinak dengan dunia MTB ini. Wak pula kena jaga BMI dia. Sudah lima bulan main MTB dan ternyata dengan MTB dia berjaya maintain BMI dia bawah 27.

Kayuhan kali hanyalah melalui trail 'easy'. Biar Saleh dan Wak dapat 'feel' PCP dulu. Kami hanya mengharungi sebahagian daripada keseluruhan trail PCP. Lebih kurang 4.2 - 4.4 km berjaya kami tempuhi. Lain kali kita layan full-loop. 

No comments:

Post a Comment